Thursday, February 26, 2009

Adun Pakatan Rakyat cuba dibeli????

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak yang mendakwa mereka ditawarkan imbuhan oleh ejen yang mendakwa mewakili timbalan perdana menteri itu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

"Siapa yang membuat laporan palsu, dia akan didakwa," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat MenteriKumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8) Mengenai Jaminan Makanan di ibunegara pagi ini.

Semalam, dua Adun Pakatan itu membuat laporan kepada SPRM, mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai BN.

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keshvinder memberitahu pemberita bahawa beliau menerima pelbagai tawaran dari beberapa ejen mendakwa mewakili timbalan perdana menteri yang juga pengerusi perhubungan Umno Perak, dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

"Saya tidak tahu apa-apa pun mengenai perkara itu. Biar SPRM siasat," kata Najib.

Ditanya mengenai namanya yang turut disebut dalam laporan berkenaan, Najib berkata: "Tak ada, saya tak ada tawar-menawar sesiapapun."

Manakala mengenai dakwaan kedua-dua ADUN itu kononnya mereka memreka mempunyai bukti ukuh, beliau berkata: "Sudah tentunya mereka kata begitu Tapi) biarlah uruhanjaya siasat. Seperti yang saya kata, jika mereka buat laporan palsu, mereka akan hadapi kesannya."

Ditanya apakah Umno mempunyai begitu banyak wang sehingga boleh menawarkan sehingga RM50 juta kepada Adun-adun Pakatan, Najib berkata:

"Mana ada RM50 juta...mengarut ni. Kita tak ada wang, dia dakwa sahaja, itu yang dia dakwa. Biar SPRM siasat," katanya.

Sebelum ini, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda, dalam akuan bersumpahnya, mendakwa kononnya Najib menawarkan RM50 juta kepada mana-mana Adun daripada Pakatan Rakyat di Perak supaya menyertai BN.

Fauzi dilaporkan mendakwa, Najib yang juga timbalan presiden Umno telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua Adun Pakatan di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

Mengulas lanjut, Najib berkata sesiapa ang membuat laporan palsu kepada SPRM akan didakwa.

Katanya, tindakan serupa juga akan diambil terhadap mereka yang menyalah guna akuan berkanun.

"Mereka akan terima padahnya," katanya.


News by Muda Mohd Noor form Malaysia Today..

No comments:

DISCLAIMER

Please note that this is a PERSONAL blog (my blog) and views expressed here are of a personal nature. Reading any part of my blog, constitutes your agreement to exposing yourself to MY personal views, thus surrendering all rights to me bitching and trashing about it in any other manner as I please. Upon reading, you immediately waive all rights for any legal action, binding when entries are proven not to incite political, racial or religious hatred. I DO NOT have control on what's happening in my shoutbox, therefore ALL NAMES or TEXT entered in SHOUTBOX are beyond my ability to monitor, delete and administrate.