Friday, March 6, 2009

Sepah Juara Raja Lawak 3


Malam tadi telah berlangsungnya Malam Kemuncak Gelanggang Raja Lawak musim ketiga yang telah dipancarkan secara langsung daripada Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan juga disiarkan menerusi Astro Prima (saluran 105).

Malam yang penuh gilang gemilang itu telah bermula pada jam 8.30 malam dengan acara karpet merah yang bertemakan Karpet Lawak. Antara pelawak yang muncul di karpet merah adalah Dato’ Yahya Sulung, Param, Acappan, Hamid Gurkha, Dato’ Aziz Satar dan ramai lagi.

Malam tadi merupakan detik paling manis buat Kumpulan Sepah apabila berjaya mengenepikan dua saingannya iaitu Jihan dan Amir, setelah berjaya merebut gelaran Juara Raja Lawak 3. Namun tidak dapat dinafikan ketiga-tiga finalis berjaya menyempurnakan dua tugasan yang telah diberikan dengan baik. Dua tugasan yang telah diberi adalah bertemakan Bebas dan Komedi Musikal.

Sepah yang tampil sebagai warga emas di dalam persembahan kedua berjaya mengamatkan suasana dengan aksi mereka yang bersahaja dan ditambah pula dengan unsur-unsur nyanyian yang mengasyikan dan sekaligus membolehkan mereka mendapat sorakan gemuruh daripada semua penonton yang hadir.

Jihan yang merupakan finalis wanita pertama bagi tiga musim tampil anggun bak primadona dalam persembahannya yang kedua dan sekaligus mendapat pujian daripada kesemua pengkritik. Namun persembahan pertama dilihat agak kurang menonjol berbanding persembahan sebelumnya yang menyebabkan beliau hanya memperoleh tempat sebagai naib juara.

Amir yang tampil mendendangkan lagu-lagu berunsurkan negeri kelahirannya dalam persembahan kedua nampaknya gagal menarik perhatian para pengundi apabila hanya berjaya mendapat tempat ketiga.

Berikut adalah peratusan undian sejurus undian ditutup malam tadi:

SEPAH 48.12
JIHAN 30.82
AMIR 21.07

Juara Raja lawak musim ketiga ini berjaya membawa pulang sebuah kereta Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, produk elektrik dan trofi sumbangan Astro. Manakala naib juara akan membawa pulang sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, produk elektrik serta trofi sumbangan Astro dan tempat ketiga memenangi wang tunai RM8,000, barangan elektrik serta trofi.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh 3 pelawak veteran iaitu Dato Yahya Sulong, Hamid Gurkha dan Param. Malam Kemuncak Gelanggang Raja Lawak 3 telah berakhir kira-kira pada jam 11 malam dan disusuli dengan Sidang Media bersama ketiga-tiga finalis dan juga Pengurus Saluran Prima iaitu En. Nizam Sani.

News from HERE..

p/s
Ermmm.. memang telah diduga sejak dari awal lagi bahawa kumpulan sepah akan menjadi raja lawak 3 astro.. Tahniah kumpulan Sepah.. Tapi me myself didn't watch it cuz of OIAM at the other channel... Anyhow, I wish Sepah all the best and gud luck... Ermmm.. kalu tak tau mcm mana nak bagi kereta tue, bagi jak lar pada saya.. takkan nak bahagi 3 kereta tue...hehehehe...

No comments:

DISCLAIMER

Please note that this is a PERSONAL blog (my blog) and views expressed here are of a personal nature. Reading any part of my blog, constitutes your agreement to exposing yourself to MY personal views, thus surrendering all rights to me bitching and trashing about it in any other manner as I please. Upon reading, you immediately waive all rights for any legal action, binding when entries are proven not to incite political, racial or religious hatred. I DO NOT have control on what's happening in my shoutbox, therefore ALL NAMES or TEXT entered in SHOUTBOX are beyond my ability to monitor, delete and administrate.